Laporan Bola Terkini

Sekitar Kolokium Bahasa Melayu Pelajar Sarjana Bahasa Melayu di UUM

Sekitar Slide Bukit Gambang, Kuantan

07 Januari 2009

Persekolahan 2009 bermula

Pejam celik pejam celik, sudah tahun 2009. Sesi persekolahan telah bermula bagi Negeri Kelantan. Hari Ahad ( 4 Januari 2009 ) lepas, ramai ibu bapa datang menghantar anak mereka terutama pelajar yang baru menjejaki alam persekolahan. Pastinya, suasana agak sibuk pada hari pertama persekolahan. Mungkin hiruk-pikuk macam pasar, yang pasti jarang pelajar tahun 1 menangis. Pengalaman mereka di prasekolah telah memberi ruang untuk mereka mengenal alam persekolahan sebenar dan kerana itu mereka tidak kekok untuk ke alam persekolahan sebenar.
Seperti biasa aku mulakan tugas pada 4 Januari 2009 yang lepas. Tahun lepas bersama anak lelaki sahaja, tahun ini anak perempuan pula. Seronok melihat anak perempuanku, memakai pakaian seragam sekolah, cantik!
Kepada anak-anak muridku, selamat kembali bagi sesi persekolahan kali ini. Mesti belajar bersungguh-sungguh untuk menempa kejayaan. Yang pasti doa seorang guru akan iringi bersama untuk anak didiknya.

03 Januari 2009

Banjir

Agak terkejut pagi ini, saya terima panggilan dari isteri, mengatakan anak sungai telah melimpahi tebing. Terbayang di minda ini, mesti BAH. Kebetulan waktu itu saya dari Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kota Bharu. Apa lagi, terus bergegas pulang.
Sepanjang perjalanan saya tadi, saya sempat mengelamun pasal banjir. Apa tidaknya, zaman persekolahan dulu banjir besar telah berlaku di tempat kelahiran saya, iaitu di Pasir Mas. Saya terpaksa mengharungi air bah untuk menduduki peperiksaan SPM. Seluruh kawasan Pasir Mas digenangi air. Hampir seminggu peperiksaan ditunda. Keseronokkan bermain air bah ini memang sinonim bagi rakyat Kelantan. Ramai orang akan keluar mengharungi air bah, tak kira tua, muda, kecil, besar akan sama-sama bermain air. Walau apa pun keselamatan harus diutamakan. Jangan ada kehilangan nyawa.
Sampai di Kampong Jeruh, jalan utama menuju ke Pasir Puteh, jalan telah digenangi air. Tersentak sekejap! Jalan mana harus dilalui. Fikir punya fikir, saya mengambil keputusan menggunakan jalan Kampung Mahligai menuju ke Kampung Kolam dan terus ke Kedai Menanti. Alhamdulillah, selamat sampai juga di rumah.

Sekitar Sambutan Majlis Penyampaian Zakat dan Majlis Berbuka Puasa

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT