Laporan Bola Terkini

Sekitar Kolokium Bahasa Melayu Pelajar Sarjana Bahasa Melayu di UUM

Sekitar Slide Bukit Gambang, Kuantan

18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Hijrah,

Selamat menyambut Maal Hijrah buat kawan-kawan. Semoga mendapat keberkatan yang berpanjangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sama-sama kita berhijrah untuk mendapat keredhaan Allah dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. Apatah lagi HIJRAH ITU SATU PENGORBANAN, HIJRAH ITU SATU PERSAUDARAAN, HIJRAH ITU MEMBENTUK PERPADUAN, HIJRAH ITU PERJUANGAN.


Sekian wassalam.

13 Disember 2009

Tip bermain game menggunakan laptop

Salam untuk kawan-kawan semua...

Agak lama saya tidak menulis di blog ini. Kekangan masa yang begitu ketara sekali. Di kesempatan ini saya memberi satu tip bagi penggemar game yang menggunakan laptop:

Saya menggunakan laptop Acer 4920 yang sudah berusia 2 tahun lebih. Spec laptop ini ialah proc Intel Core 2 Duo T7100 (1.8GHZ 2MB L2 Cache) 2gig ddr2 RAM, grafics chipset intel x3100 dan menggunakan windows 7 Ultimate build 7600.

03 November 2009

Download JDownloader

Saya biasanya pengguna tegar IDM sejak beberapa tahun lepas, tetapi baru2 ini telah uninstall IDM kerana bosan menggunakannya. Saya kini pengguna JDownloader sepenuh masa, iaitu perisian downloader yang bagi saya agak bagus kerana memudahkan fungsi download dari file sharing seperti rapidshare, megaupload, mediafire dan lain2 hosting.
JDownloader adalah perisian yang wajib dicuba jika anda seorang pendownload tegar. Alasan mengapa saya

28 September 2009

Majlis Hari Raya Aidil Fitri Warga Sekolah





Majlis Hari Raya Aidil Fitri:
Hari      : Isnin
Tarikh   : 28 September 2009
Masa    : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Kg Berangan

26 September 2009

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Untuk manfa'at bersama...


SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

25 September 2009

Janda yang Dahaga

Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami. Namanya, Hasnah, seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.Walaupun hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam ... Rasa sepi hatinya

Janda Ahli Politik Masih Dara

Seorang janda yang sudah tiga kali kahwin-cerai diperiksa oleh doktor. Waktu doktor mahu periksa di ”dalam”, terjadi percakapan.

Janda : Hati-hati periksanya ya dok, saya masih ‘perawan’ lagi …!

Doktor : Ya, ke? Katanya puan sudah kawin-cerai tiga kali, mana mungkin masih dara .

Janda : Gini doktor, bekas suami saya yang pertama ternyata impoten .

Doktor : Oh, gitu! Tapi suami puan yang kedua impoten juga ke?

Janda : Betul dok, cuma dia gay, jadi saya tidak disentuhnya.

Doktor : Lalu suami puan yang ketiga impoten dan bukan gay kan?

Janda : Betul dok, tapi ternyata dia itu orang parti politik .

Doktor : Lalu apa hubungannya dengan kedaraan puan?

Janda : Dia cuma janji-janji saja dok tapi pernah direalisasikan!!!”

Doktor : “?!?!?!?!????”

18 September 2009

Analisis Simbol Binatang Dalam Pantun Melayu




Pengenalan
Pantun adalah penghasilan karya seni atau sastera masyarakat Melayu yang masih terus digunakan dalam kehidupan masyarakat kontemporari. Sebagai satu genre sastera yang popular sudah tentu ia mempunyai keunikan dan keistimewaan. Penggunaan simbol, merupakan salah satu unsur kebijaksanaan orang Melayu dalam menyampaikan hasrat hati mereka secara berkias. Peribahasa Melayu menyatakan, kalau kerbau tahan palu sedangkan manusia tahan kias. Justeru itu, pernyataan rasa hati diselindungkan dengan pemakaian simbol flora dan fauna, sebagai mewakili perkara yang ingin dinyatakan secara tersirat. Oleh demikian, dalam pantun tradisi terdapat pemakaian simbol seperti ayam, puyuh, kerbau, kucing,gunung,laut,dan sebagainya lagi.

16 September 2009

Gunalah keyboard


101 Keyboard Shortcut CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)

Cara membuat Wifi hotspot sendiri di rumah


Kepada pembaca yang mempunyai sambungan broadband dirumah (Streamyx, Penangfon, etc),tahukah anda bahawa anda dapat menjadikan rumah anda sebagai zon WIFI hotspot seperti yang banyak terdapat di restoran-restoran mamak, cybercafe dan lain-lain.
Dengan sedikit kelengkapan dan kemahiran,anda dapat menyiapkan Wifi hotspot sendiri dengan mudah.

15 September 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT DAN BERBUKA PUASA


Majlis Penyampaian Zakat dan Majlis Berbuka Puasa :

Tarikh : 16 September 2009

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Terbuka, SK Kg Berangan, Pasir Puteh

Masa : 5.00 petang hingga 8.00 malam

09 September 2009

Yang tak disangka, yang tak dijangka


Alhamdulillah sudah 19 hari kita berpuasa. Bermakna hari ini juga 19 Ramadan 1430 masihi mengikut kalendar Islam. Sempena bulan Ramadan ini, marilah kita perbanyakkan amalan ibadat supaya kita mendapat keberkatan dan keredhaan Alla swt.
Sudah hampir lapan tahun saya berterawikh di masjid Kampung Banir Belikong. Kadang-kadang, balik juga ke Pasir Mas dan berterawikh di masjid An Nadwah di Pengkalan Batu. Apa yang menarik yang ingin saya ceritakan di sini ialah kehadiran Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di masjid Kampung Banir Belikong. Saya dan penduduk Kampung Banir Belikong sempat sembahyang berjemaah solat Isyak dan sembahyang terawikh.
Ini merupakan kali kedua saya solat berjemaah dengan Tuan Guru Menteri Besar. Yang tak disangka , yang tak dijangka adalah kemunculan tuan guru.

* bila lagi yang tak disangka, yang tak dijangka akan muncul

Pembudayaan Filem Dalam Pendidikan


Pengenalan
Pada tahun 1658, John Comenius (1592 – 1670) telah menghasilkan buku bergambar pertama. Beliau memerlukan lebih banyak gambar untuk digunakan, akan tetapi fotografi masih belum dicipta sehingga 200 tahun kemudiannya.
John Pestalozzi (1546 – 1627) menyaranan;
“….kesahihan amat penting dalam pembelajaran…”

25 Jun 2009

Alhamdulillah, Majlis Penyampaian KWAPM telah selamat berlangsung. Sambutan daripada ibu bapa dan guru amat menggalakkan. Terima kasih kepada Abe Din yang sudi merasmikan majlis tersebut. Walaupun majlis dibuat dalam keadaan sederhana tetapi sungguh meriah dengan kehadiran yang amat menggalakkan.

24 Jun 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN KWAPM 2009

Makluman kepada semua ibu bapa dan guru. Majlis penyampaian KWAPM SK Kampong berangan akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 25 JUN 2009

Masa: 2.30 PETANG

Tempat: DEWAN TERBUKA, SK KAMPONG BERANGAN

17 April 2009

Bila Mentari Muncul Lagi

Agak lama saya menyepi diri dalam menulis blog ini. Akibat kekangan masa yang sentiasa bertongkah arus menyebabkan saya jarang menjengoh blog ini. Banyak peristiwa yang berlaku di sepanjang bulan Februari hingga April ini. Tidak berkesempatan untuk saya menghuraikan peristiwa-peristiwa tersebut. Apa yang tersentuh di hati saya ialah kepada pasukan Kelantan yang tidak dapat bermain di stadium sendiri, iaitu Stadium Sultan Muhammad IV.

28 Februari 2009

Kelas Master UUM

Salam semua rakan. Kelas Master Bahasa Melayu akan bermula pada 6 Mac 2009. Sungguh cepat masa berlalu. Entahlah, yuran belum dijelaskan lagi. Harap-harap dapat jelaskan semua dalam tempoh terdekat ini.
Agak tertarik sekali, apabila pihak pengurusan UUM, terutamanya Kak Ani (panggilan manja) berjaya menjamu anak buah di Kota Bharu, bertempat di New Horizon...klasss gituuuu. Apa-apa pun pihak kami mengucapkan terima kash yang terhingga kerana majlis tersebut.
Buat En. Min, salam siber akan kami teruskan di esastera. Untuk Pn. Ainal...sayang tak sempat jumpa di majlis hari tu.
Masa telah berlalu begitu pantas, alhamdulillah, pelajar kohort 1 dan 2 berjaya menjayakan seminar bahasa Melayu. Satu kejayaan yang tak diduga. Insyallah pelajar di Kota Bharu akan ke UUM untuk menghadiri Kolokium Bahasa Melayu yang akan diadakan di kampus induk.
Buat pensyarah yang telah mengajar kami, kami memohon ribuan kemaafan terutama En. Min, Pn Ainal, Pn. Maizatul, Pn Hjh. Nasariah dan Dr. Munif...jikalau ada tersilap tutur kata dan terkasar bahasa.

07 Januari 2009

Persekolahan 2009 bermula

Pejam celik pejam celik, sudah tahun 2009. Sesi persekolahan telah bermula bagi Negeri Kelantan. Hari Ahad ( 4 Januari 2009 ) lepas, ramai ibu bapa datang menghantar anak mereka terutama pelajar yang baru menjejaki alam persekolahan. Pastinya, suasana agak sibuk pada hari pertama persekolahan. Mungkin hiruk-pikuk macam pasar, yang pasti jarang pelajar tahun 1 menangis. Pengalaman mereka di prasekolah telah memberi ruang untuk mereka mengenal alam persekolahan sebenar dan kerana itu mereka tidak kekok untuk ke alam persekolahan sebenar.
Seperti biasa aku mulakan tugas pada 4 Januari 2009 yang lepas. Tahun lepas bersama anak lelaki sahaja, tahun ini anak perempuan pula. Seronok melihat anak perempuanku, memakai pakaian seragam sekolah, cantik!
Kepada anak-anak muridku, selamat kembali bagi sesi persekolahan kali ini. Mesti belajar bersungguh-sungguh untuk menempa kejayaan. Yang pasti doa seorang guru akan iringi bersama untuk anak didiknya.

03 Januari 2009

Banjir

Agak terkejut pagi ini, saya terima panggilan dari isteri, mengatakan anak sungai telah melimpahi tebing. Terbayang di minda ini, mesti BAH. Kebetulan waktu itu saya dari Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kota Bharu. Apa lagi, terus bergegas pulang.
Sepanjang perjalanan saya tadi, saya sempat mengelamun pasal banjir. Apa tidaknya, zaman persekolahan dulu banjir besar telah berlaku di tempat kelahiran saya, iaitu di Pasir Mas. Saya terpaksa mengharungi air bah untuk menduduki peperiksaan SPM. Seluruh kawasan Pasir Mas digenangi air. Hampir seminggu peperiksaan ditunda. Keseronokkan bermain air bah ini memang sinonim bagi rakyat Kelantan. Ramai orang akan keluar mengharungi air bah, tak kira tua, muda, kecil, besar akan sama-sama bermain air. Walau apa pun keselamatan harus diutamakan. Jangan ada kehilangan nyawa.
Sampai di Kampong Jeruh, jalan utama menuju ke Pasir Puteh, jalan telah digenangi air. Tersentak sekejap! Jalan mana harus dilalui. Fikir punya fikir, saya mengambil keputusan menggunakan jalan Kampung Mahligai menuju ke Kampung Kolam dan terus ke Kedai Menanti. Alhamdulillah, selamat sampai juga di rumah.

Sekitar Sambutan Majlis Penyampaian Zakat dan Majlis Berbuka Puasa

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT