Laporan Bola Terkini

Sekitar Kolokium Bahasa Melayu Pelajar Sarjana Bahasa Melayu di UUM

Sekitar Slide Bukit Gambang, Kuantan

02 Mac 2010

Chatting Box

Salam buat kawan-kawan,

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian kawan-kawan melayari blog ini. Terbaru yang saya paparkan adalah 'chatting box'. Mungkin masih dalam peringkat percubaan. Saya amat tertarik dengan gadget (betul ke eja ni) spiderman (dengan izin). Jadi cuba-cubalah kita chatting (dengan izin )dalam memperolehi ilmu.

Sekian, wassalam.

01 Mac 2010

AYAT YANG PERLU DI AMALKAN DALAM KEHIDUPAN

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini ,nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim - Di setiap kali hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulilah - Setiap kali habis melakukan sesuatu

3. Astaghfirullah - Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk

4. InsyAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquawwatailbillah - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah - Jika mendapat musibah/melihat kematian

7. Laailaahaillallah - Bacalah sepanjang siang dan malam,sebanyak-banyaknya. Amalkan lah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W:" Siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya

Saya adalah pengguna setia Mozilla Firefox sejak beberapa tahun lepas lagi. Sehingga sekarang, saya masih lagi gunakan firefox biarpun terdapat banyak pelayar alternatif lain seperti Chrome, Opera, Safari, Lunascape, Palemoon, Flock dsb. Mungkin firefox bukan pelayar terpantas sekarang namun terdapat beberapa sebab yang menghalang saya dari meninggalkan firefox.
Saya suka firefox kerana sifatnya yang sangat customizable, anda boleh tukar, tambah, buang segala benda yang anda mahu. Firefox juga mempunyai banyak add-ons yang sangat penting untuk web development dan juga seo. Boleh dikatakan firefox adalah pelayar yang mempunyai “complete package”.

Sekitar Sambutan Majlis Penyampaian Zakat dan Majlis Berbuka Puasa

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT