Laporan Bola Terkini

Sekitar Kolokium Bahasa Melayu Pelajar Sarjana Bahasa Melayu di UUM

Sekitar Slide Bukit Gambang, Kuantan

09 September 2009

Pembudayaan Filem Dalam Pendidikan


Pengenalan
Pada tahun 1658, John Comenius (1592 – 1670) telah menghasilkan buku bergambar pertama. Beliau memerlukan lebih banyak gambar untuk digunakan, akan tetapi fotografi masih belum dicipta sehingga 200 tahun kemudiannya.
John Pestalozzi (1546 – 1627) menyaranan;
“….kesahihan amat penting dalam pembelajaran…”

Beliau mengesyorkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam pembelajaran.
Friedrich Froebel (1764 - 1852) pula berpegang kepada prinsip bahawa;
“…semua bentuk pengajaran mestilah menyeronokkan…dalam pendidikan tidak seharusnya ada jurang pemisah di antara pemikiran dan bidang tindakan.”

John Dewey (1819-1952) mencadangkan;

“….imej-imej yang tepat, sahih dan berkembang….menegaskan bahawa pendidikan akan menjadi lebih mudah dan sempurna….kalau sembilan per sepuluh daripada tenaga….yang ditumpukan terhadap menentukan kanak-kanak mempelajari sesuatu itu digunakan dalam memastikan bahawa mereka sedang membentuk imej-imej yang sempurna.”

Jelaslah proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar yang mempelajari sesuatu itu dalam suasana menyeronokkan melalui kaedah yang digunakan dalam bentuk yang mudah difahami, jelas dan bervariasi.

Definisi Pembudayaan
Budaya ( Kamus Dewan, 1989) didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, cara perlakuan (berfikir), kemajuan (akal budi). Manakala pembudayaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan bolehlah ditasirkan sebagai perihal (perbuatan) membudayakan, cara berkelakuan (berfikir) dengan menggunakan teknologi dan inovasi ( pembaharuan ) dalam pendidikan. Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya hidup adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik dan berguna kepada individu atau masyarakat. Di atas ‘tarikan’ dan ‘kebergunaan’ inilah kita membuat penilaian dan akhirnya meniru hak orang, lalu melakukan apa yang orang luaran itu amalkan.
Jika proses 'meniru' ini beroperasi secara mendadak dan melibatkan sebahagian besar lapisan masyarakat, terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau akultrasi budaya. Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar. Naluri rasa, bau dan sentuh juga penting tetapi ia agak mengekori amalan manusia yang tampak dan didengar. Dalam konteks ini, alam hiburan - filem dan muzik, misalnya, menjadi punca pengaruh yang paling hadapan.
Definisi Pendidikan
Menurut Thompson (1993), pendidikan merupakan pengaruh lingkungan terhadap individu untuk menghasilkan perubahan-perubahan yang tetap dalam kebiasaan perilaku, fikiran dan sikapnya. Sedangkan Darnelawati (1994) berpendapat bahwa pendidikan formal adalah pendidikan di sekolah yang berlangsung secara teratur dan bertingkat mengikuti syarat-syarat yang jelas dan ketat. Tujuan pendidik adalah untuk memperkaya budi pekerti, pengetahuan dan untuk menyiapkan seseorang agar mampu dan trampil dalam suatu bidang pekerjaan tertentu.
Oleh itu pendidikan adalah usaha untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat. Pendidikan meliputi pengajaran keahlian khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam iaitu pemberian, pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu dasar utama pendidikan adalah untuk mengajar setiap generasi.

Senario rancangan berunsur pendidikan
Di Malaysia, media televisyen memainkan peranan yang penting dalam senario berbentuk hiburan mahupun pendidikan. Walaupun rancangan berbentuk hiburan memang banyak namun tidak dapat dinafikan juga rancangan berbentuk pendidikan juga banyak. Rancangan berunsur pendidikan dapat dilihat menerusi TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9 dan TV berbayar ASTRO
Contoh rancangan yang berunsur pendidikan seperti, Mari Mengaji, Tanyalah Ustaz, Kuliah Agama, Forum Perdana dan lain-lain lagi Bagi Astro pula rancangan seperti National Geoghrapy, TVIQ, Discovery Channel dan sebagainya.
Rancangan-rancangan sebegini banyak memberi manfaat kepada masyarakat khususnya para pelajar. Input yang diperolehi memang berguna kepada pelajar tersebut. Baik ke arah pembelajaran mahupun ke arah keagamaan. Apa yang penting adalah sikap para pelajar tersebut untuk mendapatkan ilmu tersebut.
Semangat patriotisme dalam pendidikan filem
Penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pendidikan filem amat meluas. Antaranya, filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftnan Adnan dianggap filem tempatan yang menyemai semangat nasionalisme kepada penonton. Menerusi watak Sarjan Hassan, dan Leftenan Adnan itu sendiri ketika menentang Jepun dan komunis Justeru, nilai patriotisme dalam filem ini dapat dilihat. Pengarah Filem & Pensyarah Fakulti Teknologi Filem dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya A Razak Mohaideen berkata, hakikatnya, setiap filem kita ada nilai patriotismenya. Menurutnya lagi;
"Jika kita faham apakah maksud sebenar patriotisme itu, kita boleh sampaikan mesejnya kepada penonton. Nilai patriotisme bukan terhad kepada filem perang semata-mata sebaliknya skopnya jauh lebih luas dari itu. "Sebagai contoh, nilai patriotisme ada dalam filem tempatan menerusi penggunaan bahasa Melayu dalam filem, sekali gus melambangkan filem itu ada unsur kecintaan kepada negara," katanya mengulas isu yang dibincangkan dalam program bual bicara.”



Filem animasi dalam pendidikan
Animasi merupakan salah saltu elemen multimedia yang paling diminati oleh ramai pihak khususnya golongan kanak-kanak dan remaja. Penggunaan animasi di dalam sesebuah aplikasi multimedia misalnya menjanjikan suatu persembahan yang lebih dinamik serta menarik perhatian kerana ia memungkinkan sesuatu yang mustahil atau kompleks berlaku di dalam kehidupan sebenar direalisasikan secara digital.
Teknologi animasi menawarkan pelbagai kelebihan sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya bukan sahaja mampu menarik perhatian, meningkat motivasi malah turut memberi kesan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Dengan cirinya yang dinamik, berwarna-warni serta, isi pelajaran yang disampaikan dengan sokongan teknologi animasi bukan sahaja kelihatan lebih ceria dan realistik, malah ia juga mampu mencuri tumpuan dan seterusnya minat pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan
Ramai penyelidik mempercayai bahawa proses pendidikan akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal dan mempunyai unsur-unsur yang menggembirakan. Animasi berkomputer boleh digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang merangsang dan menyeronokkan bagi tujuan ini. Dalam menyelesaikan masalah Matematik contohnya, adalah lebih menyeronokan sekiranya alat Bantu mengajar yang digunakan adalah bentuk keratin yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada sehelai kertas putih yang statik sifatnya.
Menerusi pelbagai teknik khas, animasi juga boleh diintergasikan bersama ke dalam klip video bagi menambahkan lagi kesan realistik dan dramatik sesuatu persembahan. Ini seterusnya mampu menarik perhatian pelajar agar dapat menerima sesuatu isi pelajaran yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan. Maklumat yang disampaikan dengan sokongan teknologi animasi juga dikatakan lebih mudah diterima oleh pelajar kerana ianya memperguna serta memanafaatkan sepenuhnya keupayaan deria atau pancaindera manusia.
Menerusi filem animasi, unsur-unsur pendidikan dapat dilihat dengan jelas. Sebagai contoh, filem animasi di Malaysia seperti Upin dan Ipin. Animasi Upin dan Ipin banyak menyelit unsur-unsur pendidikan. Begitu juga dengan animasi Anak-anak Sidek dan Kampong Boy. Banyak menyelit unsur-unsur pendidikan.

Pendidikan Agama Dalam Filem
Pengaruh filem kepada masyarakat memang besar. Malah sesetengah pelakon menjadi idola kepada masyarakat, khususnya para remaja. Memang tidak dapat dinafikan setiap filem mempunyai unsur-unsur pendidikan agama sama ada secara tersurat ataupun tersirat. Bagi pelakon cilik Muhamad Hadziq Hazem atau Hadziq berkata;

“SEBELUM ni saya tak solat, tapi lepas tengok filem Syurga Cinta saya solat kerana takut masuk Neraka,”

akui pelakon cilik Muhamad Hadziq Hazem atau Hadziq, 9 tahun. Begitu besarnya moral dan unsur-unsur keagamaan yang diambil oleh Hadziq selepas berlakon dan menonton filem arahan pengarah terkenal Ahmad Idham itu.
Ternyata filem ini memang sarat dengan pengajaran yang secara tidak langsung mampu membentuk fikiran kanak-kanak seperti Hadziq untuk menilai mana yang baik dan buruk. Misalnya, gambaran api neraka yang dipaparkan dalam filem ini boleh menyampaikan mesej kepada mereka agar jangan tinggal solat dan melakukan perkara yang dilarang jika tidak mahu dihumban dan merasa hangatnya bahang Api Neraka.
Filem Syurga Cinta turut dilakonkan oleh Awal Ashaari, Heliza, Mustapha Kamal, Dian P. Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Wazata Zain. Filem terbitan MIG ini mengisahkan Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.Begitu juga aspek pemikirannya.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.
Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal mencabar Irham memikat gadis bertudung, Syuhadah kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (Hadziq)Cuba demi cubaan dibuat oleh Irham untuk memikat Syuhadah..

Ikmal seorang budak berusia 8 tahun yang nakal tetapi cerdik dan petah apabila bercakap. Penuh dengan idea-idea yang bernas yang dipengaruhi dari kaca televisyen.
Ikmal bukan sahaja seorang budak yang mendengar kata gurunya malah kedua orang tuanya. Dia bersikap penyayang dan suka memerhati serta meletakkan guru agamanya sebagai sumber ilmu dan pengajaran bagi mata pelajaran agama.




Kebaikan dan kelemahan filem sebagai media pendidikan
Setiap perkara atau perbuatan yang dilakukan oleh manusia mempunyai kebaikan dan kelemahan. Situasi ini bergantung kepada persekitaran yang dialami oleh masyarakat. Begitu juga dalam pembudayaan filem dalam pendidikan, mengalami proses yang sama iaitu, mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri.
Di antara, kebaikan yang dapat diperolehi dalam pembudayaan filem dalam pendidikan ialah, filem dapat menyampaikan maklumat kepada murid-murid yang kurang cepat membaca. Walaupun murid-murid tersebut kurang cekap membaca, melalui deria penglihatan dan deria mendengar, mereka sudah tentu memahami setiap plot yang disusun. Secara tidak langsung, pendidikan dapat diperolehi. Selain itu , filem juga dapat menggambarkan satu pergerakkan yang berterusan, menunjukkan pergerakan sebagaimana ia sebenarnya berlaku.
Filem juga dapat memberikan pengalaman kepada penonton. Dengan menggunakan teknik tertentu, demonstrasi oleh seseorang pakar dapat ditunjukkan serta diperlihatkan dengan kadar kecepatan demonstrasi yang sesuai untuk pembelajaran. Proses ini membuatkan pelajar dapat memahami dengan mudah. Begitu juga dengan fotografi selang masa boleh menunjukkan dalam sekejap masa sesuatu yang berlaku dalam masa yang sama. Begitu juga tayangan gerak perlahan dan gerak terhenti membolehkan pelajar membuat penganalisaan kejadian-kejadian yang penting dan atau rumit. Selain itu juga, filem boleh melatih sesuatu kemahiran tanpa pengalaman yang sebenarnya.
Terdapat beberapa kelemahan dalam pembudayaan filem dalam pendidikan. Di antaranya, filem tidak dapat mengambil kira tindakbalas murid. Selain itu persekitaran penyampaian filem perlu dikawal. Bilik perlu digelapkan dan keadaan ini menghalang murid menyalin nota dari filem. Filem bergerak dengan kadar yang sudah ditentukan dan semua penonton terpaksa menerima maklumat dengan kadar yang telah ditentukan itu. Tidak mungkin bagi murid untuk bergerak lebih cepat atau lebih lambat dari filem yang ditayangkan.Filem juga agak mahal untuk dikeluarkan. Setiap filem yang dikeluarkan memerlukan kos yang tinggi, keadaan ini bergantung kepada jenis filem, sama ada berwarna atau hitam putih, bersuara atau bisu. Setiap filem yang hendak diperbaharui bahannya, memerlukan kos yang mahal dan merumitkan. Keadaan ini menyusahkan penerbit filem.

Rujukan

Ibnu Hasyim. (2009). Pelakon cilik Muhamad Hadziq Hazem atau Hadziq. Diakses pada 17 Julai 2009, daripada http:// putra-civic.blogspot.com/2009/05/hiburan-gunakan-filem-untuk-pendidikan.html

Jamaluddin Harun.(2005).Animasi:Dari helaian kertas ke skrin digital. Selangor .Venton Publishing (M) Sdn. Bhd:.

Rusli Abdul Ghani. (1994).Kamus dewan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Sharifah Alwiah Alsagoff.(1992).Teknologi pendidikan. Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka:.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekitar Sambutan Majlis Penyampaian Zakat dan Majlis Berbuka Puasa

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT