Saya suka firefox kerana sifatnya yang sangat customizable, anda boleh tukar, tambah, buang segala benda yang anda mahu. Firefox juga mempunyai banyak add-ons yang sangat penting untuk web development dan juga seo. Boleh dikatakan firefox adalah pelayar yang mempunyai “complete package”.
Namun begitu, firefox bukanlah browser yang sempurna kerana mempunyai banyak kelemahan. Ramai juga pengguna yang rasa hampa lantas mengambil langkah menggunakan browser lain pula. Mujurlah, terdapat beberapa penyelesaian kepada masalah tersebut dan sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kelemahan firefox.
1. UI Firefox ketinggalan zaman, tidak kemas dan menggunakan banyak ruang
- Ramai orang mengkritik UI firefox tidak setanding dan secanggih UI browser lain. Firefox versi sekarang masih mempunyai UI seperti zaman windows xp, tidak menyokong fungsi Aero Glass. Malah terdapat banyak menu dan bar yang menggunakan banyak ruang menyebabkan ruang membaca menggunakan firefox menjadi sempit.Penyelesaiannya adalah menggunakan kombinasi Strata40 dan StrataBuddy.

Strata40 dan Stratabuddy menukarkan UI firefox kepada UI seperti firefox 4.0 yang masih lagi dalam proses pembangunan. UI baru ini lebih ringkas, kemas dan cantik berbanding UI sebelumnya.
Install Strata40 dan Stratabuddy.
2. Penggunaan memory yang melampau, firefox jadi berat
Firefox menggunakan RAM yang banyak dan lama-lama browser boleh jadi berat, hang atau crash. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan addon berikut.AFOM – Memory Recovery & Retention For Firefox Only 2.0
3. Startup yang lambat serta respon kurang cekap
Startup firefox sangat lambat, ada delay sehingga beberapa minit baru lah windows firefox muncul. Browser lain seperti Chrome mempunyai kelajuan startup yang sangat pantas. Ini adalah salah satu kelemahan firefox yang ketara.Masalah startup lambat dan respon kurang cekap ini anda boleh atasi dengan perisian bernama Speedyfox.

Speedyfox menjadikan firefox anda lebih laju dan cekap. Percuma untuk digunakan.
Download Speedyfox.
4. Lag ketika menggunakan menu, adress bar, history dll
Firefox kadang-kala mempunyai masalah terdapat lag ketika menggunakan menu, menaip pada adress bar, membuka senarai history dan lain-lain.Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan addon Vacuum Places Improved.

Install Vacuum Places Improved
5. Adress bar dan search bar tidak diintegrasikan
Jika anda biasa guna chrome, anda pasti perasan bahawa chrome tidak mempunyai search bar. Ini kerana fungsi search telahpun diintegrasikan ke dalam adress bar. Sekaligus menjimatkan ruang dan memudahkan pencarian.Anda boleh gabungkan search bar dan adress bar di dalam firefox menggunakan extension Omnibar. Untuk menambah suggestion dan beberapa fungsi menarik anda perlu gunakan addon Fastestfox.
![firefox[9] firefox[9]](file:///C:/DOCUME%7E1/MERCURY3/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image008.jpg)
Kan nampak luas tu, hehe. Install Omnibar dan Fastestfox.
6. Kesimpulan
Firefox sebenarnya adalah browser yang sangat powerful jika anda mahir teknik-teknik menggunakan dengan betul. Saya harap tips-tips yang saya tulis dapat memberi sedikit pengetahuan tambahan kepada semua pengguna firefox.Selamat mencuba : D SUMBER DARIPADA JOMPHP












Tiada ulasan:
Catat Ulasan