Laporan Bola Terkini

Sekitar Kolokium Bahasa Melayu Pelajar Sarjana Bahasa Melayu di UUM

Sekitar Slide Bukit Gambang, Kuantan

08 Jun 2010

Pencetus Piala Dunia


Piala Dunia Pertama yang pertama kali dicetuskan pada 26 Mei 1928, iaitu di Amsterdam, Belanda. Dalam kongres tersebut FIFA memutuskan bahawa perlawanan Piala Dunia dapat diikuti oleh anggota FIFA yang lain. Setahun kemudian di Barcelona, anggota FIFA memutuskan bahawa Uruguay, selaku tuan rumah pertama kejohanan tersebut. Uruguay merupakan juara Olimpik dalam era keemasannya telah menjadi tuan rumah Piala Dunia yang pertama sekaligus untuk memperingati 100 tahun kemerdekaan mereka.
   

      
          Hanya 13 negara yang mengikuti kejohanan tersebut, dengan majoritinya berasal dari Amerika Selatan dengan diwakili 9 buah negara. Montevideo telah dipilih untuk  menjadi satu-satunya kota penyelenggara dengan menyediakan tiga buah stadium untuk perlawanan tersebut. Seperti mana yang diketahui, negara-negara dari Amerika Selatan mendominasi perlawanan ini, meskipun penampilan pasukan-pasukan  dari Eropah tidak kurang hebatnya. 100.000 penonton memenuhi stadium Centenario untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia, iaitu pada 30 Julai di mana pasukan Argentina membuktikan keunggulannya  untuk mendahului pada babak pertama iaitu 2-1 dan  kemudian kalah 4-2 kepada Uruguay. Jules Rimes, Presiden FIFA sekaligus pencetus Piala Dunia, menyerahkan Piala Jules Rimes kepada Ketua Pasukan Uruguay iaitu    Jose Nazassi dan sejak itu muncul kejohanan bola sepak terunggul yang telah diadakan selama 4 tahun sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sekitar Sambutan Majlis Penyampaian Zakat dan Majlis Berbuka Puasa

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT